Aku Hanya Insan Biasa

Assalammualaikum...


Hi ollssss... salam perkenalan...salam persahabatan.. salam ukhwah...

Hidup ini penuh dengan liku2..semua orang ada sejarah hidup yang tersendiri.. termasuklah diri ini yang serba kekurangan sejak kecil lagi...

Namun, aku cukup bersyukur di lahirkan dalam keluarga yang dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... begitulah jika diibaratkan kehidupanku masa kecil.. tetapi ia sgt2 memberi inspirasi kepada diri ini untuk mengubah kehidupan yang lalu..bukan mudah untuk senang, dan bukan susah untuk susah.. so berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.... pepatah ini membuatkan diri ini cukup kuat untuk menghadapi kehidupan ini yang penuh dengan dugaan.. (ibu bapa berpisah sebenarnya bukan penghalang utk kita jadi manusia berguna)   Didoakan semoga kedua ibu bapa ku diberi kesihatan berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t..

Aku hanyalah insan biasa yang tidak punya apa2.. insan yang kerdil..yg diberi pinjaman hanya sementara di dunia yang penuh cabaran dan dugaan. Terima Kasih Allah kerana sentiasa menghadirkan insan-insan yang baik dalam hidup ini... terutama suami dan anak2 yang dikasihi.

Kita belajar lah melangkah andai kita tersungkur berkali-kali.. tidak ada orang yang akan memahami kita selain diri kita sendiri.. percayalah perlindungan Allah S.W.T itu sentiasa ada bersama-sama kita.

Banyak nak dikongsikan tentang hidup ini..tp rasanya cukupla ianya tersemat dihati ini... :)

ok guys.. nnt kita cite hal2 lain plak k...




by jue yusuf

Aku Hanya Insan Biasa

Comments

Popular Posts